Saturday, September 20, 2008

SMS Sue Mengenai Keadaan Moon

Minggu lepas ku dapat SMS dari Sue setelah kutanyakan berita mengenai Moon.

Wslm. Alhmdlh sume sihat. Mun dh kluaq dr hsptl tp kena byk rehat sbb tlg pggul& leher dia ada yg pth,mun p ubat kg jg. Ni kwn su y hbg,kami pun x smpt lwt,kyus p dah.

Kemudian diikuti SMS kedua

Salam.Ni no akaun ayah mun utk sapa2 yg nk hulurkn bantuan. 152170077827 - ariffin hashim.TQ

GULP! aku terpaku. Ingatan kembali ke masa-masa aku sangat memerlukan suntikan kewangan. Di mana adik Sufi kritikal antara hidup dengan mati. Dan di situlah ada insan yang sangat perihatin membantu kami sekeluarga tanpa di minta. Dengan Ilham yang dikurniakan Allah Ta'ala kepada beliau, Laman Blog menjadi perantara hebahan utk tujuan tersebut. Terima Kasih Rudy dan Insyirah sekeluarga. Seterusnya disusuli rakan blog yang lain yang tidak pernah ku kenal, bertalu-talu membantu kami termasuk netbiru yang mencipta banner khas adik sufi. Alhamdulillah dan Terima Kasih. Jasa Kalian Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kemudian aku ingin mengulanginya di laman blogku sendiri, walaupun aku tahu pengunjungnya tidak sehebat Bluehikari, Sri Diah, Awan Okinawa dan Kaktiny. Sebabnya, aku sendiri telah melalui saat getir ditimpakan musibah Allah Ta'ala. Dan sekarang nasib yang lebih kurang atau lebih teruk lagi telah menimpa Moon.

Pada sesiapa yang ingin membantu Moon dan Keluarga atas nasib malang, bolehlah menggunakan akaun yang di SMS kan padaku seperti di atas. Jangan tanya kepastian padaku, dan jangan tanya apa-apa padaku yang menjurus ke arah kesahihan. Melainkan Keikhlasan sahaja yang diminta. Itu sudah pasti ada ganjarannya dari Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi berlipat kali ganda sehingga 70 Kali Ganda Allah janjikan di Bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.

Ku balas SMS Sue mengenai hasratku membantu melalui blog. dan disudahi SMSnya

k.tq.

Nota:

Akaun Maybank kot.

Confirm! Akaun MAYBANK.

Moon iaitu Saudari Asmahani Ariffin, 28, Bekas Pelajar UUM dan sekarang Pensyarah UPSI yang lebih dikenali sebagai Moon. Beliau merupakan salah seorang pelatih dibawah penyeliaanku (supervisor) utk Praktikum UUM.
Sue juga salah seorang pelatih praktikal di bawah penyeliaanku sewaktu dengan Moon.

Bluehikari dengan entri khas untuk adik Sufi. Klik Sini.
Netbiru dengan banner khas untuk adik Sufi. Klik Sini.

Sunday, August 24, 2008

Takziah Buat Moon

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang bekas pelatih aku (practical training). Suaminya meninggal manakala kabarnya beliau masih lagi di ICU. Moga-moga Allah selamat dan sembuhkan beliau. Kemalangan tersebut ada diberitakan pada Harian Metro Jumaat Lepas. Tapi disebabkan aku selalu tukar nombor telefon menyebabkan kawan-kawannya gagal menghubungi aku. Mujurlah ex-Bos aku bagitau.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080822085940/Article/index_html

(kalau2 link ni dah tak valid baik aku copy paste. Quote from HMetro.com.my 22 Ogos 08)

Ajal lepas selamat anak
Oleh Zuliaty Zulkiffli 
am@hmetro.com.my


ALOR STAR: “Dia sempat menarik tangan anak lelaki berusia 12 bulan untuk naik ke tebing ketika kereta mereka tenggelam perlahan-lahan ke dalam air.

“Bagaimanapun, dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas diselamatkan orang awam bersama isteri dan anaknya itu daripada lemas,” kata Azmi Din, 56, menceritakan detik cemas kemalangan yang meragut nyawa jirannya di Batu 5, Jalan Sungai Petani-Alor Star, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Mohd Akashah Abdullah, 28, meninggal dunia manakala isterinya, Asmahani Ariffin, 28, cedera parah apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam Terusan Wan Mat Saman, dekat sini.

Anak lelaki tunggal pasangan itu, Muhammad Omar Mohd Akashah, tidak cedera.

 Menurut Azmi, arwah yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur menghubunginya dua minggu lalu memberitahu mereka sekeluarga tidak dapat pulang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Azilawati, 28. 

Ini kerana isteri arwah yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, tidak dapat cuti. 

“Arwah dan isterinya terkilan tidak dapat hadir majlis perkahwinan Sabtu lalu. Azilawati memang rapat dengan Asmahani sejak zaman sekolah, tambahan pula kami tinggal berjiran di Jalan Pegawai di sini. 

“Difahamkan, mereka pulang hari ini (semalam) untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi rakan di sini dan tak sangka pula berlaku tragedi ini terhadap mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Azmi dimaklumkan kejadian itu selepas bapa Asmahani, Ariffin Hashim, 57, menghubunginya kira-kira jam 6 pagi semalam.

Dia bergegas ke HSB tetapi dimaklumkan Mohd Akashah sudah meninggal dunia. 

Jenazah Mohd Akashah dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Kota Star, Inspektor Azhar Esa, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.15 pagi semalam.

Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanjung Malim, Perak, untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu dan terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian sebelum kereta yang dipandunya terjunam ke dalam terusan.

“Semua mangsa dikeluarkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu tetapi pemandu kereta itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya masih dirawat di HSB kerana cedera parah,” katanya.

Katanya, kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mohd Akashah (suami moon).

Wednesday, August 20, 2008

I EM PI EA TI

Alhamdulillah, perkahwinan kami sudahpun menjangkau ke 4 tahun. Moga Allah terus menerus memberi rahmat dan rezeki kepada keluarga kami. Kami memohon kepada Allah agar kami adalah sebuah keluarga yang berilmu dan beramal soleh kepadaNya. Sentiasakanlah beri taufik dan hidayah Allah ke atas keluarga kami. Dan segala rintangan dan ujian yang telah kami lalui sepanjang 4 tahun lalu, Allah balaskan dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Allah balaskan dengan kesenangan dan kelapangan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Dan Keluarga kami juga sudahpun menjejak angka Empat.

Ayah, Ibu, Abang Muhammad dan Adik Sufi...

Friday, August 8, 2008

Bersiar-siar dengan Feri Pulau Pinang


Selama setahun ayah bekerja di Pulau Pinang, tak pernah sekalipun membawa Ibu, Abang dan Adik Sufi naik Feri Pulau Pinang. Jadi sempena 08/08/08 trip ke penang (untuk t.tangan baucer di kompeni lama) tidak mempersia-siakan peluang untuk menggunakan feri pulau pinang dalam perjalanan pulang ke Sg. Petani.

Dan nampaknya Adik Sufi adalah orang paling excited di atas Feri tu. Gambar-gambar --> Picasaweb Aku.

Thursday, July 31, 2008

Sufi: Sony Discman Lucky Draw

Alhamdulillah, hari ni nama Siti Afifah Sufi telah dipanggil di atas pentas pada majlis pelancaran pembukaan kedai elektrik Suria Jerai Enterprise di Village Mall SP untuk memenangi tiket tawaran pembelian Sony Discman dengan hanya RM10 sahaja. Itulah rezeki yang tak disangka sangka.

Pada majlis pelancaran kedai elektrik tersebut, ramai org telah berpusu-pusu berebut untuk membeli barang-barang dengan harga yang cukup menarik sejak awal 9 pagi. Sony Walkman hanya RM1 (sepuluh unit sahaja), Sony Discman RM10 (juga sepuluh unit) dan Sony CyberShot Digital Camera 7.2MegaPixel RM99 (lima unit sahaja). Oleh kerana terlalu ramai yang menanti-nantikan barangan tersebut dijual, pihak kedai telah membuat satu majlis cabutan bertuah di mana seorang layak utk memilih satu barangan sahaja.

Muhammad dan Ayah mencuba untuk Lucky Draw Digital Camera manakala Sufi dan Ibu untuk Sony Discman. Keputusan pertama adalah utk barangan Discman di mana Sufi menjadi orang ketiga yang mendapat tiket khas tersebut. Kemudian disusuli dengan cabutan bertuah untuk Sony Walkman dan Sony Digital Camera. Alhamdulilah rezeki buat kali kedua apabila keluarga kami dapat tawaran membeli Cybershot dengan hanya RM99. Alhamdulillah..

Wednesday, July 9, 2008

Shah Alam

Dari Bukit Antarabangsa kami bergerak ke Sg Besi utk ketemukan Muhammad dan Sufi dengan sepupunya Amal. Kemudian kami terus ke UKM utk melawat Yuhanaza yang telah mendapat tempat meneruskan pengajian islam di situ bermula semester ini. Tahniah buat cik Naza semoga dapat mengharungi pengalaman hidup sebagai pelajar UKM. Sebelum balik ke Kedah, kami empat beranak sempat singgah di UiTM Shah Alam utk berjumpa dengan team e-Cafe yang setia memberi khidmat kepada pelajar-pelajar UiTM yang lain. Kami lepak di pejabat e-Cafe di Kolej Delima Satu. Kemudian dari Shah Alam kami pulang menggunakan Lebuhraya Guthrie. Waktu melalui Subang sempat juga singgah dua kali utk bertemu mata dengan bekas Pengarah LHDN cawangan Perlis dan seorang peguam kenalan dan sahabat Ibu Sufi.

Tuesday, July 8, 2008

Sufi: IJN Checkup

Hari ini adik Sufi diperiksa oleh dua orang pakar di IJN. Mula-mula seorang pakar bedah warga asing yang mengesahkan luka-luka pembedahan telah sembuh dan tiada komplikasi akibat dari pembedahan yang telah dilakukan dahulu. Kemudian seorang pakar jantung kanak-kanak pula memberitahu, adik Sufi masih memerlukan perhatian dari IJN. Ini adalah disebabkan Jantung adik masih lagi bengkak dan Injab masih bocor sedikit. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh dengan sendirinya. Ubat yang dibekalkan pun sudah tentu tiga ubat jantungnya iaitu Captopril, Frusemide dan Spironolactone yang telah diambil sejak adik Sufi berusia 3 bulan dahulu. Bil IJN untuk sesi checkup ini adalah RM90/=. Next Checkup tiga bulan akan datang

Thursday, July 3, 2008

Sufi: Kek

Balik kerja semalam, ayah bawa seisi keluarga ke Radix Fried Chicken. Kami tiba dalam pukul 6:30ptg. Beratur sikit punya panjang. Hampir pukul 7:00ptg barulah ayah dapat giliran. Ayah tanya casher tu, "Hari-hari ke macam ni?". Lalu dia menangguk dan beritahu sebenarnya dapur utk goreng ayam tu ada dua jer. Dah order dari luar negara, tapi belum sampai2 lagi. Hmm.. aku dengar HPA nak buka RFC kat Kota Bharu. Hopefully dapur dah tempah at least pun kena ada lima.
gambar ihsan dari nikiysa


Aku dulu bekerja sebagai tukang masak di KFC selama dua bulan (cuti sem part five dcsarau). KFC jam besaq S.P. ada lima dapur. Kalau terlampau sibuk dengan ramai pelanggan, KFC cawangan aku akan menjemput tukang masak lain di KFC cawangan yang berdekatan. Teringat balik awek2 KFC, pastu manager2 yang garang (tapi baik hati slps waktu bekerja) dan ayam-ayam yang aku sendiri dah jemu untuk menjamahnya. Baik ratah ikan tenggiri goreng. Time tu lah.. sekarang ni boleh laa nak makan balik ayam goreng... hehehe.. itu cerita dulu.

Semalam, abang Muhammad leka bermain dalam RFC tu. ada sudut utk kanak-kanak. adik Sufi plak seronok tengok budak2 tu. dia plak dah rajin bersuara macam nak sembang bila hepi tengok sekelilingnya. Ayah terpaksa duduk dulu selepas order kerana ayam spicy lum siap goreng lagi. berebut staff RFC tu bila tiap kali ayam di hidangkan atas rak hidangan. Ayah duduk dulu bawa dua ketul ayam original, kentang putar, coselow, fun fries dan air cola serta air sarsi. 7:15pm barulah dua ketul ayam spicy ngan kentang putar dan coselow dihantar. Then lepas makan kami pi solat kat Surau Tesco. Sebelum pulang ke rumah, sempat juga kami menjengah ke kedai kek.


Wednesday, July 2, 2008

Sufi: Satu Tahun


Siti Afifah Sufi Binti Shahadan dilahirkan di Hospital Alor Setar pada 2 Julai 2007 pada jam 4:30 pagi. Ayah pada mulanya berharap ibu pada masa itu akan dipindahkan ke 'family labor room'. "Family Labor Room Penuh", jawab guard selepas ditanya samaada ayah dibenarkan menemani ibu atau tidak untuk menyambut kelahiran Sufi ke Dunia yang Fana ini. "Ada Patient masuk dari pagi tadi belum bersalin-salin lagi", tambah guard tu lagi. Jam waktu tu dah pukul 10:00 malam. Ibu yang tiba dari Hospital Yan dengan ambulans pada pukul 6:30petang belum menunjukkan tanda-tanda sakit untuk bersalin.

Jam dah pukul 12:00 tengah malam. Ayah dah mula gelisah bila ibu lambat2 sekali membalas sms. Dan akhirnya ibu beritahu dah nak masuk labor room ni. Lagi la gelisah ayah di luar pagar wad bersalin tersebut. Dan akhirnya pukul 8:30 pagi baru laa ayah dibenarkan jumpa ibu dan adik Sufi. Alhamduillah. Syukur sangat2 pada Allah. Nama adik telah pun kami bincangkan dan rujuk beberapa buku sebelum itu. Siti bermaksud Puteri. Afifah bermaksud Yang Menjaga Maruah. Sufi merupakan golongan2 yang tawaduq terhadap Allah S.W.T. Sufi juga merupakan satu peringkat mengenal Allah dengan taat, patuh, tunduk, takut dan cintai Allah yang cuba dicapai dengan amalan-amalan wajib dan sunnat dan kebiasaannya golongan tarekat berusaha untuk mencapai tahap tersebut dengan taufik dan hidayah Allah selain mempertingkatkan amalan mereka. Selain dari itu, Afif banyak maksud lain seperti Suci, Yang Berpengaruh dan Punya Harga Diri.

......

Tengahhari ni, dalam talian percuma celcom Ibu tanyakan Ayah nak masak nasi ke tak? Ayah jawab Masak laa, Malam nanti leh makan sama2. Rupa-rupanya Ayah tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan Ibu. Walhal pagi2 lagi Ayah dah cium Sufi ucap Selamat Ulangtahun Kelahiran. dan Sufi juga ada ada sebut dengan kuat "Ayyah" waktu dukungan Ibu tu. Ibu senyum, adik pun senyum. Ayah lagi laa lebar senyum.

Hmm.. napa yer ibu tanya nak masak ke tak? rupa2nya nak ajak makan kat luar. nak celebrate besday adik. hehehehe.. Ibu tanya ayah kat mana? Ayah cadangkan kat Radix Fried Chicken kat Village Mall Sg. Petani. dan ibu setuju.. tunggu yer, nanti ayah pulang pukul 5 nanti.. lagi sejam ni...

Hari ni, gaji terakhir dari company lama akan di masukkan ke dalam akaun Public Bank ayah...

Monday, June 30, 2008

Sufi: Next Checkup 8 Julai di IJN


Adik Sufi dijadualkan checkup di IJN pada 8hb Julai nanti. Setakat ni keadaan adik Sufi alhamdulillah, semakin kuat dia, dan semakin rajin senyum dan ketawa. Ada juga bait perkataan yang cuba dituturkan. Tanya doktor, adik sufi cemmana keadaannya? Kata doktor lebih kurang begini jawapannya Jantung dan Paru-parunya masih lemah lagi. Injab ada bocor sikit. InsyaAllah akan pulih dengan sendiri kata doktor, cuma ambil masa.

Ayah pula pada mulanya pada bulan Julai ni tak dak apa2 jadual sebabnya last kerja kat swasta ni pun hari ini. Tapi nak dijadikan cerita, dan mungkin juga rezeki dari adik Sufi, ayah dah diterima kerja kontrak dengan UiTM Merbok bermula pada hari esok, insyaAllah. Nampaknya baru kerja dah nak kena ambik cuti untuk ke IJN minggu depan. Takkan nak biar Ibu sorang yang temankan. Kami akan berlepas dari Sungai Petani dengan menaiki Keretapi malam 7hb dan sampai KL Sentral amik LRT ke Kampung Baru. then naik teksi ke IJN, insyaAllah.

Saturday, June 28, 2008

Watikah

Pagi-pagi ni, ku menyanyikan lagu "UiTM di Hatiku"..

sebelum tu aku dah bangun kol 6 lebih utk solat Subuh. Then membaringkan diri berpelukkan bantal (sejukkk) terlena sampai kol 8. Celik2 mata.. seketika.. terkeluar bait - bait .. "Wujudmu di sini di tanah anak merdeka.."

aku terus lagi ke rangkap yang kedua "Ku yang melangkah ke sini untuk mempelajari.. " terus berlegar kisah suka duka di DCSARAU dulu.. hmm..

ku terus lagi ke Korus..

lepas korus, bait-bait "Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati... " dan diiringi linangan air mata... sebak dan terharu.. pengorbanan isteri.. dan pengorbanan anak yang masih belum mengerti .. Pengorbanan mereka utk segenggam gulung ijazah di SALAMNETS itu... huhu.. Thanks Elly.. Abg Hargai...

hmmm...


UiTM di Hatiku

wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku

majulah bangsa
maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya...... demi bangsa

watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayah bonda ku untuk semua....

uitm... usaha taqwa mulia

Friday, June 27, 2008

Dua Puluh Sembilan

Alhamdulillah.. moga2 adik Sufi pun mampu mencapai umur begini. Thanks Elly pagi2 dah ucap lagi. Abg hargai.

Hari ni tak banyak aktiviti luar. Terperap kat opis. Nak Clearance sure esok pun kena datang opis lagi. Banyak ni nak hands over. Dengan Training yang lum aku terlaksana. Quotation untuk kawan2 kat UUM pun belum siap sedia. Data dalam harddisk lagi laa lum transfer. Aiseh.. ingat nak minta Rao survineer jer laptop ni kat aku. malas nak transfer dah.. lagipun dah sayang ngan laptop ni. Aku mana ada personal laptop. Dup dup USM plak ada masalah kata barang tak sampai tiba. Jenuh duk cari Delivery Order. Last2 tanya kerani yang resign tu (lepas kuar makan tghhari dengan dia) Baru jumpa.

8Pax yang aku aktif membolehkan aku telefon free pada 16 nombor yang terpilih. kalau lebih dari 16 kena bayar cuma rm2.30. so sapa2 ada nombor celcom? huhu smslah ke 019-5491911
leh dengar suara Sufi. Dah ada suara sekarang ni... hehehe nak join, ada seminggu saja tempohnyer.

Elly sepatutnya memulakan tugas hari pertama 1hb Julai di Bachok Kelantan. Tapi apakan daya, aku minta tangguh. Ataupun cuba peluang rezeki bulan November ni di Sungai Petani ni. Thanks sayang. harap pengorbanan ini memberi peluang untuk adik Sufi pulih dengan segera. memberi peluang utk abang Muhammad nak bermanja. dan memberi peluang ayah utk bermesra. Tak nak dah duk jauh2. dah letih dah. Aku pulak dah hadirkan diri ke temuduga di UiTM Kedah. 10 minit jer dari rumah. Harap2 ada rezeki untuk tukar karier.

Tuesday, June 24, 2008

Sufi: Discaj Wad Pediatrik HSB




Adik discaj hari ni. Semalam doktor dan misi cam tak endah jer kitaorg nak discaj. Nak balik jaga adik Sufi kat umah. Lagipun seminggu kat sini cuma nak habiskan antibiotik jer.

Semalam aku datang HSB. Nekad, bawa adik dan ibu pulang. Pukul 18:59 aku berjaya keluarkan mereka dari situ. Esok datang semula utk urusan discaj. Tapi Guard yang jaga pintu tu cam takut2 jer nak lepas. "Nanti depa tanya aku nak jawab apa. Mampus aku", keluh Jaga tersebut. Lepas kami keluar kami call Jaga tadi, "kalau depa tanya, bagi nombor henset ni kat depa. Biar kami sendiri yang jawab ngan depa".

Alih-alih, Indah Security staf tadi bagitau yang dengar2 misi nak buat report polis. Lari dari wad. Huhu, seronok ni. Ingatkan tak der apa2. Okay kalau nak kasi kecoh, Elly pun boleh buat report polis apa. Sebab kami tak konfiden dengan doktor muda dan doktor kurang muda yang sama di wad pediatrik tu dan kami syak ada faktor2 menyumbang adik Sufi masuk ICU dulu. Ingat nak lupa macam tu saja. Tapi kalau ada isu kami pun boleh bangkitkan kembali isu lama. Perkara Berbangkit.

Selepas Sufi dirawat di IJN. Barulah kami tau tindak tanduk yang sepatutnya tak berlaku di HSB. Kami mula dapat membezakan antara profesional ataupun tidak. Aku pernah tanya misi-misi di IJN, dapat imbuhan lebih ke? di jawabnya sama saja. dulu akak keje HKL transfer sini tangga gaji yang sama jer. Aku mulanya tak percaya.. ada punya at least naik satu tangga.. hahaha..

Pengalaman dua minggu adik Sufi di IJN dulu mmg membuatkan kami betul2 jadi berani. Sekarang di HSB, staf tak boleh ambil sikap sambil lewa. kena professional. Mula-mula 'Line' adik tercabut, boleh dimaafkan lagi. Kemudian nak buat second 'Line' tapi doktor on-call tu failed. Jadi Elly pun basuh doktor on-call (muda) tu sampai tak menjawab dia. Dah. kitaorg dah tak kasi cucuk kat kaki. Lebam line dulu (ICU) masih belum hilang. Walhal kat IJN tak der kritikal sampai cemtu. Line okay jer.. kemas dan tak selalu berganti. kat IJN aku perasan line adik pernah ada kat tangan dan paha (ke lutut) jer.. yer lah kat kaki tu dah teruk aku tengok

Line --> mula2 tangan. lepas sebelah tangan sebelah lagi. kemudian kaki pulak dia cucuk. kaki kanan habis kaki kiri. Then cucuk kat bahagian kepala plak.. aduh.. kat situ pun dah abis.. cucuk kat leher plak.. jatuh air mata kalau tengok.

Profesionalism... aku pernah tanya adik aku. adik aku Staff Nurse dekat Emergency Room HKL (kalau nak dengar suara dia dail-lah 999 - mungkin kebetulan dia yang angkat bagi pihak hospital). Aku tanya adik, kenapa mak ayah tak boleh tengok time depa buat line? ada banyak jawapannya, cuma yang aku sedih ada jawapan ni. "Untuk protect staff hospital jika tersalah dalam proses tersebut." Apa2pun aku akur sebab aku tak nak adik aku kena saman jika benda tu jatuh atas batang hidung keluarga sendiri.

Saturday, June 14, 2008

Sufi: Wad Pediatrik HSB


Batuk Sufi belum jugak hilang. Dahulu kenyataan doktor di IJN aku percaya yang batuk itu akan hilang dengan sendirinya kerana itu adalah perkara biasa. Perkara biasa bagi pesakit yang baru dibedah bagi kes jantung berlubang. Lagipun Discaj kami dari IJN dahulu tidak dibekalkan dengan ubat cair kahak. Apatah lagi ubat batuk yang sememangnya tidak dibenarkan dosnya pada kanak-kanak.

Hari demi hari, adik Sufi tidak menunjukkan perubahan positif ke atas batuk yang dialaminya. Kami telah usahakan dengan ulang alik ke hospital beberapa kali. Apa yang dapat diberi ubat cair kahak sahaja. Dan akhirnya hari ini terpaksa dibawa ke klinik pakar di Hospital Sultanah Bahiyah.

Tak sangka pula yang adik Sufi akan ditahan di Wad Pediatrik. Kerana adik cukup sihat sekarang ini. Yang menjadi beban tidurmu terganggu dengan batuk-batuk yang aku iyakan kenyataan doktor di IJN.

Doktor di wad tu kata adik Sufi perlu diberi antibiotik selama seminggu. Iya lah. Confident jer doktor tu bagai tau adik Sufi dijangkiti kuman di Paru-paru. Ya itulah kenyataan yang dahulu menyebabkan adik terlantar di HSB selama sebulan. Itulah kenyataan yang dahulu yang menyebabkan adik terpaksa dibedah di IJN dengan sebab kecemasan. Kini kami menunggu keputusan rasmi. Adakah batuk adik itu batuk operation atau batuk kuman yang amat kami risaukan. Mohon padaMu ya Allah tabahkan hati kami menerima dugaanMu. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang bersabar. Pulihkan Siti Afifah Sufi ya Allah. Panjangkan usianya ya Allah.

Wednesday, June 11, 2008

Al-Fatihah

Dengan Nafaslah kita dilahirkan
Dengan Nafas jugaklah kita dicabut nyawa
Yang Datang Pasti Akan Kembali
Yang Hidup Pasti Akan Mati
Begitulah Kehidupan kita hanyalah Sementara
Yang tak pasti bilakah giliran kita akan tiba

Dalam Usiamu 75 tahun
Kau pergi mengadap Ilahi
Moga Kesakitan Sakaratul Maut Tidak Lagi Terasa
Dan dilapangkan Kuburmu sehingga hari Kiamat
Dan dipermudahkan segala urusanmu di padang mahsyar
Timbal Amalanmu moga lebih kepada kebaikan
Dan dengan rahmatNya kau akan dipermudahkan ke Syurga Kelak
Dan dengan syafaat Baginda Rasulullah kau tergolong dalam golongan tertinggi di syurga.

Sungguhpun Tangisku tiada apa-apa makna
melainkan kesedihan atas apa yang menimpa
tapi ku bersyukur kau pergi tanpa menyusahkan sesiapa
Kau punyai 3 orang anak lelaki yang masih berupaya mendoakan dirimu
Selain 3 orang anak perempuan yang taat pada suami mereka
Kau tinggalkan 37 cucu di dunia ini
Kau juga punyai 24 orang cicit yang masih lagi keanak-anakan
yang rata-rata berkumpul pada hari ini

Nendaku
Hajah Che Puteh Binti Arifin
Ku terkedu kerana tak sempat bertemu denganmu semalam
walhal kebanyakkan anak cucu dan cicit pulang menjengokmu semalam
Ely, Muhammad dan Sufi pun juga sempat menziarahmu semalam
Hari ini kau pergi dengan tiba-tiba
Dengan keadaan yang kami tidak sangka-sangka
Kerana kau sempat beramah mesra dan berjenaka
dengan orang yang datang melawat dan anakmu yang menunggu setia
dengan kesakitan kau sempat mengingat kalimah Allah
dan kau tidak bersendirian tak kala sakaratul hampir menjelma
Alhamdulillah orang disekelilingmu tak putus putus mengingatkan kalimah
Lailahaillallah, Muhammadarrasulallah
Allah sememangnya menyayangimu lebih dari kami makhlukNya

Jenazahmu berkeadaan senyum
tapi kami pula yang berkeadaan hiba
Dengan tidak mengambil masa yang lama
kau dimandi di kapan dan seterusnya disemadi bersebelahan pusara suamimu tercinta

Nendaku
Doaku masih belum putus mendoakan kebahagiaanmu di alam sana
Dan pada kita yang masih bernyawa
moga kebahagiaan dunia dan akhirat yang sebenarnya kita usaha dan pinta
Dan pada kita yang masih bernafas di alam fana
Kita harus sedar alam ini hanyalah sementara
akan kita tempuhi juga alam baqa
yakni alam yang sedang ditempuhi nendaku yang tercinta.

Tok Teh
Ku rindukan mu selalu.

Al-Fatihah

Monday, June 9, 2008

Terima Kasih pada yang menderma


Jumlah Ringgit Malaysia di dalam akaun Maybank ku kini adalah sebanyak seribu lima ratus lima belas dan lima puluh sen. Angka itu sepatutnya adalah lebih jika tidak ku keluarkan sejak di IJN dahulu. Namun beberapa kali angka seratus dua yang susut akibat aku tiada sumber kewangan yang lain sejak Sufi di rawat di IJN. Apa kan daya, nak ku tinggalkan Elly dan Muhammad sahaja menjaga ku tidak tergamak. Lagipun aku nekad sebab ku sangka tempoh Sufi di IJN hanya seminggu sahaja. Bulan lepas gajiku hanyalah RM500 sebab ku bekerja hanya 8 hari. Mujur tuan rumah bagi postpone sewa bulanan untuknya. Tapi sebenarnya ia akan membebankan aku di kemudian hari kerana hutang untuknya sudah tertunggak RM350. Tapi bayar sikit2 insyaAllah tak membebankan, katanya.

Bil terakhir di IJN adalah kurang dua ringgit angka 30K. Walaubagaimanapun Kementerian Kesihatan telah mensubsidikan 90% kos rawatan di sana. Ini bermakna aku hanya perlu membayar RM3000.00 sahaja. Mudah2an Allah membuka rezekiNya kepadaku dengan Jalan yang tidak disangka2. Sekarang ku tengah mencari idea untuk membuka gerai Char Koteow dan TomYam segera di sebuah kilang di Sungai Petani ataupun di Pasar2 Malam.