Sunday, August 24, 2008

Takziah Buat Moon

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang bekas pelatih aku (practical training). Suaminya meninggal manakala kabarnya beliau masih lagi di ICU. Moga-moga Allah selamat dan sembuhkan beliau. Kemalangan tersebut ada diberitakan pada Harian Metro Jumaat Lepas. Tapi disebabkan aku selalu tukar nombor telefon menyebabkan kawan-kawannya gagal menghubungi aku. Mujurlah ex-Bos aku bagitau.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080822085940/Article/index_html

(kalau2 link ni dah tak valid baik aku copy paste. Quote from HMetro.com.my 22 Ogos 08)

Ajal lepas selamat anak
Oleh Zuliaty Zulkiffli 
am@hmetro.com.my


ALOR STAR: “Dia sempat menarik tangan anak lelaki berusia 12 bulan untuk naik ke tebing ketika kereta mereka tenggelam perlahan-lahan ke dalam air.

“Bagaimanapun, dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas diselamatkan orang awam bersama isteri dan anaknya itu daripada lemas,” kata Azmi Din, 56, menceritakan detik cemas kemalangan yang meragut nyawa jirannya di Batu 5, Jalan Sungai Petani-Alor Star, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Mohd Akashah Abdullah, 28, meninggal dunia manakala isterinya, Asmahani Ariffin, 28, cedera parah apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam Terusan Wan Mat Saman, dekat sini.

Anak lelaki tunggal pasangan itu, Muhammad Omar Mohd Akashah, tidak cedera.

 Menurut Azmi, arwah yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur menghubunginya dua minggu lalu memberitahu mereka sekeluarga tidak dapat pulang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Azilawati, 28. 

Ini kerana isteri arwah yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, tidak dapat cuti. 

“Arwah dan isterinya terkilan tidak dapat hadir majlis perkahwinan Sabtu lalu. Azilawati memang rapat dengan Asmahani sejak zaman sekolah, tambahan pula kami tinggal berjiran di Jalan Pegawai di sini. 

“Difahamkan, mereka pulang hari ini (semalam) untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi rakan di sini dan tak sangka pula berlaku tragedi ini terhadap mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Azmi dimaklumkan kejadian itu selepas bapa Asmahani, Ariffin Hashim, 57, menghubunginya kira-kira jam 6 pagi semalam.

Dia bergegas ke HSB tetapi dimaklumkan Mohd Akashah sudah meninggal dunia. 

Jenazah Mohd Akashah dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Kota Star, Inspektor Azhar Esa, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.15 pagi semalam.

Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanjung Malim, Perak, untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu dan terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian sebelum kereta yang dipandunya terjunam ke dalam terusan.

“Semua mangsa dikeluarkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu tetapi pemandu kereta itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya masih dirawat di HSB kerana cedera parah,” katanya.

Katanya, kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mohd Akashah (suami moon).

Wednesday, August 20, 2008

I EM PI EA TI

Alhamdulillah, perkahwinan kami sudahpun menjangkau ke 4 tahun. Moga Allah terus menerus memberi rahmat dan rezeki kepada keluarga kami. Kami memohon kepada Allah agar kami adalah sebuah keluarga yang berilmu dan beramal soleh kepadaNya. Sentiasakanlah beri taufik dan hidayah Allah ke atas keluarga kami. Dan segala rintangan dan ujian yang telah kami lalui sepanjang 4 tahun lalu, Allah balaskan dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Allah balaskan dengan kesenangan dan kelapangan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Dan Keluarga kami juga sudahpun menjejak angka Empat.

Ayah, Ibu, Abang Muhammad dan Adik Sufi...

Friday, August 8, 2008

Bersiar-siar dengan Feri Pulau Pinang


Selama setahun ayah bekerja di Pulau Pinang, tak pernah sekalipun membawa Ibu, Abang dan Adik Sufi naik Feri Pulau Pinang. Jadi sempena 08/08/08 trip ke penang (untuk t.tangan baucer di kompeni lama) tidak mempersia-siakan peluang untuk menggunakan feri pulau pinang dalam perjalanan pulang ke Sg. Petani.

Dan nampaknya Adik Sufi adalah orang paling excited di atas Feri tu. Gambar-gambar --> Picasaweb Aku.