Thursday, July 31, 2008

Sufi: Sony Discman Lucky Draw

Alhamdulillah, hari ni nama Siti Afifah Sufi telah dipanggil di atas pentas pada majlis pelancaran pembukaan kedai elektrik Suria Jerai Enterprise di Village Mall SP untuk memenangi tiket tawaran pembelian Sony Discman dengan hanya RM10 sahaja. Itulah rezeki yang tak disangka sangka.

Pada majlis pelancaran kedai elektrik tersebut, ramai org telah berpusu-pusu berebut untuk membeli barang-barang dengan harga yang cukup menarik sejak awal 9 pagi. Sony Walkman hanya RM1 (sepuluh unit sahaja), Sony Discman RM10 (juga sepuluh unit) dan Sony CyberShot Digital Camera 7.2MegaPixel RM99 (lima unit sahaja). Oleh kerana terlalu ramai yang menanti-nantikan barangan tersebut dijual, pihak kedai telah membuat satu majlis cabutan bertuah di mana seorang layak utk memilih satu barangan sahaja.

Muhammad dan Ayah mencuba untuk Lucky Draw Digital Camera manakala Sufi dan Ibu untuk Sony Discman. Keputusan pertama adalah utk barangan Discman di mana Sufi menjadi orang ketiga yang mendapat tiket khas tersebut. Kemudian disusuli dengan cabutan bertuah untuk Sony Walkman dan Sony Digital Camera. Alhamdulilah rezeki buat kali kedua apabila keluarga kami dapat tawaran membeli Cybershot dengan hanya RM99. Alhamdulillah..

2 comments:

Sri Diah said...

Tahniah untuk Siti Afifah Sufi. Hari 9hb tu di Shah Alam... awat tak inform, boleh kita jumpa. UITM dengan rumah akak tu sepelaung saja...

Zuralimusa said...

congratz adik sufi.. zura pn nak juga... sony discman tue mahal tue.... nak beli kena fkir 2 3 kali.....