Monday, June 30, 2008

Sufi: Next Checkup 8 Julai di IJN


Adik Sufi dijadualkan checkup di IJN pada 8hb Julai nanti. Setakat ni keadaan adik Sufi alhamdulillah, semakin kuat dia, dan semakin rajin senyum dan ketawa. Ada juga bait perkataan yang cuba dituturkan. Tanya doktor, adik sufi cemmana keadaannya? Kata doktor lebih kurang begini jawapannya Jantung dan Paru-parunya masih lemah lagi. Injab ada bocor sikit. InsyaAllah akan pulih dengan sendiri kata doktor, cuma ambil masa.

Ayah pula pada mulanya pada bulan Julai ni tak dak apa2 jadual sebabnya last kerja kat swasta ni pun hari ini. Tapi nak dijadikan cerita, dan mungkin juga rezeki dari adik Sufi, ayah dah diterima kerja kontrak dengan UiTM Merbok bermula pada hari esok, insyaAllah. Nampaknya baru kerja dah nak kena ambik cuti untuk ke IJN minggu depan. Takkan nak biar Ibu sorang yang temankan. Kami akan berlepas dari Sungai Petani dengan menaiki Keretapi malam 7hb dan sampai KL Sentral amik LRT ke Kampung Baru. then naik teksi ke IJN, insyaAllah.

Saturday, June 28, 2008

Watikah

Pagi-pagi ni, ku menyanyikan lagu "UiTM di Hatiku"..

sebelum tu aku dah bangun kol 6 lebih utk solat Subuh. Then membaringkan diri berpelukkan bantal (sejukkk) terlena sampai kol 8. Celik2 mata.. seketika.. terkeluar bait - bait .. "Wujudmu di sini di tanah anak merdeka.."

aku terus lagi ke rangkap yang kedua "Ku yang melangkah ke sini untuk mempelajari.. " terus berlegar kisah suka duka di DCSARAU dulu.. hmm..

ku terus lagi ke Korus..

lepas korus, bait-bait "Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati... " dan diiringi linangan air mata... sebak dan terharu.. pengorbanan isteri.. dan pengorbanan anak yang masih belum mengerti .. Pengorbanan mereka utk segenggam gulung ijazah di SALAMNETS itu... huhu.. Thanks Elly.. Abg Hargai...

hmmm...


UiTM di Hatiku

wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku

majulah bangsa
maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya...... demi bangsa

watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayah bonda ku untuk semua....

uitm... usaha taqwa mulia

Friday, June 27, 2008

Dua Puluh Sembilan

Alhamdulillah.. moga2 adik Sufi pun mampu mencapai umur begini. Thanks Elly pagi2 dah ucap lagi. Abg hargai.

Hari ni tak banyak aktiviti luar. Terperap kat opis. Nak Clearance sure esok pun kena datang opis lagi. Banyak ni nak hands over. Dengan Training yang lum aku terlaksana. Quotation untuk kawan2 kat UUM pun belum siap sedia. Data dalam harddisk lagi laa lum transfer. Aiseh.. ingat nak minta Rao survineer jer laptop ni kat aku. malas nak transfer dah.. lagipun dah sayang ngan laptop ni. Aku mana ada personal laptop. Dup dup USM plak ada masalah kata barang tak sampai tiba. Jenuh duk cari Delivery Order. Last2 tanya kerani yang resign tu (lepas kuar makan tghhari dengan dia) Baru jumpa.

8Pax yang aku aktif membolehkan aku telefon free pada 16 nombor yang terpilih. kalau lebih dari 16 kena bayar cuma rm2.30. so sapa2 ada nombor celcom? huhu smslah ke 019-5491911
leh dengar suara Sufi. Dah ada suara sekarang ni... hehehe nak join, ada seminggu saja tempohnyer.

Elly sepatutnya memulakan tugas hari pertama 1hb Julai di Bachok Kelantan. Tapi apakan daya, aku minta tangguh. Ataupun cuba peluang rezeki bulan November ni di Sungai Petani ni. Thanks sayang. harap pengorbanan ini memberi peluang untuk adik Sufi pulih dengan segera. memberi peluang utk abang Muhammad nak bermanja. dan memberi peluang ayah utk bermesra. Tak nak dah duk jauh2. dah letih dah. Aku pulak dah hadirkan diri ke temuduga di UiTM Kedah. 10 minit jer dari rumah. Harap2 ada rezeki untuk tukar karier.

Tuesday, June 24, 2008

Sufi: Discaj Wad Pediatrik HSB




Adik discaj hari ni. Semalam doktor dan misi cam tak endah jer kitaorg nak discaj. Nak balik jaga adik Sufi kat umah. Lagipun seminggu kat sini cuma nak habiskan antibiotik jer.

Semalam aku datang HSB. Nekad, bawa adik dan ibu pulang. Pukul 18:59 aku berjaya keluarkan mereka dari situ. Esok datang semula utk urusan discaj. Tapi Guard yang jaga pintu tu cam takut2 jer nak lepas. "Nanti depa tanya aku nak jawab apa. Mampus aku", keluh Jaga tersebut. Lepas kami keluar kami call Jaga tadi, "kalau depa tanya, bagi nombor henset ni kat depa. Biar kami sendiri yang jawab ngan depa".

Alih-alih, Indah Security staf tadi bagitau yang dengar2 misi nak buat report polis. Lari dari wad. Huhu, seronok ni. Ingatkan tak der apa2. Okay kalau nak kasi kecoh, Elly pun boleh buat report polis apa. Sebab kami tak konfiden dengan doktor muda dan doktor kurang muda yang sama di wad pediatrik tu dan kami syak ada faktor2 menyumbang adik Sufi masuk ICU dulu. Ingat nak lupa macam tu saja. Tapi kalau ada isu kami pun boleh bangkitkan kembali isu lama. Perkara Berbangkit.

Selepas Sufi dirawat di IJN. Barulah kami tau tindak tanduk yang sepatutnya tak berlaku di HSB. Kami mula dapat membezakan antara profesional ataupun tidak. Aku pernah tanya misi-misi di IJN, dapat imbuhan lebih ke? di jawabnya sama saja. dulu akak keje HKL transfer sini tangga gaji yang sama jer. Aku mulanya tak percaya.. ada punya at least naik satu tangga.. hahaha..

Pengalaman dua minggu adik Sufi di IJN dulu mmg membuatkan kami betul2 jadi berani. Sekarang di HSB, staf tak boleh ambil sikap sambil lewa. kena professional. Mula-mula 'Line' adik tercabut, boleh dimaafkan lagi. Kemudian nak buat second 'Line' tapi doktor on-call tu failed. Jadi Elly pun basuh doktor on-call (muda) tu sampai tak menjawab dia. Dah. kitaorg dah tak kasi cucuk kat kaki. Lebam line dulu (ICU) masih belum hilang. Walhal kat IJN tak der kritikal sampai cemtu. Line okay jer.. kemas dan tak selalu berganti. kat IJN aku perasan line adik pernah ada kat tangan dan paha (ke lutut) jer.. yer lah kat kaki tu dah teruk aku tengok

Line --> mula2 tangan. lepas sebelah tangan sebelah lagi. kemudian kaki pulak dia cucuk. kaki kanan habis kaki kiri. Then cucuk kat bahagian kepala plak.. aduh.. kat situ pun dah abis.. cucuk kat leher plak.. jatuh air mata kalau tengok.

Profesionalism... aku pernah tanya adik aku. adik aku Staff Nurse dekat Emergency Room HKL (kalau nak dengar suara dia dail-lah 999 - mungkin kebetulan dia yang angkat bagi pihak hospital). Aku tanya adik, kenapa mak ayah tak boleh tengok time depa buat line? ada banyak jawapannya, cuma yang aku sedih ada jawapan ni. "Untuk protect staff hospital jika tersalah dalam proses tersebut." Apa2pun aku akur sebab aku tak nak adik aku kena saman jika benda tu jatuh atas batang hidung keluarga sendiri.

Saturday, June 14, 2008

Sufi: Wad Pediatrik HSB


Batuk Sufi belum jugak hilang. Dahulu kenyataan doktor di IJN aku percaya yang batuk itu akan hilang dengan sendirinya kerana itu adalah perkara biasa. Perkara biasa bagi pesakit yang baru dibedah bagi kes jantung berlubang. Lagipun Discaj kami dari IJN dahulu tidak dibekalkan dengan ubat cair kahak. Apatah lagi ubat batuk yang sememangnya tidak dibenarkan dosnya pada kanak-kanak.

Hari demi hari, adik Sufi tidak menunjukkan perubahan positif ke atas batuk yang dialaminya. Kami telah usahakan dengan ulang alik ke hospital beberapa kali. Apa yang dapat diberi ubat cair kahak sahaja. Dan akhirnya hari ini terpaksa dibawa ke klinik pakar di Hospital Sultanah Bahiyah.

Tak sangka pula yang adik Sufi akan ditahan di Wad Pediatrik. Kerana adik cukup sihat sekarang ini. Yang menjadi beban tidurmu terganggu dengan batuk-batuk yang aku iyakan kenyataan doktor di IJN.

Doktor di wad tu kata adik Sufi perlu diberi antibiotik selama seminggu. Iya lah. Confident jer doktor tu bagai tau adik Sufi dijangkiti kuman di Paru-paru. Ya itulah kenyataan yang dahulu menyebabkan adik terlantar di HSB selama sebulan. Itulah kenyataan yang dahulu yang menyebabkan adik terpaksa dibedah di IJN dengan sebab kecemasan. Kini kami menunggu keputusan rasmi. Adakah batuk adik itu batuk operation atau batuk kuman yang amat kami risaukan. Mohon padaMu ya Allah tabahkan hati kami menerima dugaanMu. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang bersabar. Pulihkan Siti Afifah Sufi ya Allah. Panjangkan usianya ya Allah.

Wednesday, June 11, 2008

Al-Fatihah

Dengan Nafaslah kita dilahirkan
Dengan Nafas jugaklah kita dicabut nyawa
Yang Datang Pasti Akan Kembali
Yang Hidup Pasti Akan Mati
Begitulah Kehidupan kita hanyalah Sementara
Yang tak pasti bilakah giliran kita akan tiba

Dalam Usiamu 75 tahun
Kau pergi mengadap Ilahi
Moga Kesakitan Sakaratul Maut Tidak Lagi Terasa
Dan dilapangkan Kuburmu sehingga hari Kiamat
Dan dipermudahkan segala urusanmu di padang mahsyar
Timbal Amalanmu moga lebih kepada kebaikan
Dan dengan rahmatNya kau akan dipermudahkan ke Syurga Kelak
Dan dengan syafaat Baginda Rasulullah kau tergolong dalam golongan tertinggi di syurga.

Sungguhpun Tangisku tiada apa-apa makna
melainkan kesedihan atas apa yang menimpa
tapi ku bersyukur kau pergi tanpa menyusahkan sesiapa
Kau punyai 3 orang anak lelaki yang masih berupaya mendoakan dirimu
Selain 3 orang anak perempuan yang taat pada suami mereka
Kau tinggalkan 37 cucu di dunia ini
Kau juga punyai 24 orang cicit yang masih lagi keanak-anakan
yang rata-rata berkumpul pada hari ini

Nendaku
Hajah Che Puteh Binti Arifin
Ku terkedu kerana tak sempat bertemu denganmu semalam
walhal kebanyakkan anak cucu dan cicit pulang menjengokmu semalam
Ely, Muhammad dan Sufi pun juga sempat menziarahmu semalam
Hari ini kau pergi dengan tiba-tiba
Dengan keadaan yang kami tidak sangka-sangka
Kerana kau sempat beramah mesra dan berjenaka
dengan orang yang datang melawat dan anakmu yang menunggu setia
dengan kesakitan kau sempat mengingat kalimah Allah
dan kau tidak bersendirian tak kala sakaratul hampir menjelma
Alhamdulillah orang disekelilingmu tak putus putus mengingatkan kalimah
Lailahaillallah, Muhammadarrasulallah
Allah sememangnya menyayangimu lebih dari kami makhlukNya

Jenazahmu berkeadaan senyum
tapi kami pula yang berkeadaan hiba
Dengan tidak mengambil masa yang lama
kau dimandi di kapan dan seterusnya disemadi bersebelahan pusara suamimu tercinta

Nendaku
Doaku masih belum putus mendoakan kebahagiaanmu di alam sana
Dan pada kita yang masih bernyawa
moga kebahagiaan dunia dan akhirat yang sebenarnya kita usaha dan pinta
Dan pada kita yang masih bernafas di alam fana
Kita harus sedar alam ini hanyalah sementara
akan kita tempuhi juga alam baqa
yakni alam yang sedang ditempuhi nendaku yang tercinta.

Tok Teh
Ku rindukan mu selalu.

Al-Fatihah

Monday, June 9, 2008

Terima Kasih pada yang menderma


Jumlah Ringgit Malaysia di dalam akaun Maybank ku kini adalah sebanyak seribu lima ratus lima belas dan lima puluh sen. Angka itu sepatutnya adalah lebih jika tidak ku keluarkan sejak di IJN dahulu. Namun beberapa kali angka seratus dua yang susut akibat aku tiada sumber kewangan yang lain sejak Sufi di rawat di IJN. Apa kan daya, nak ku tinggalkan Elly dan Muhammad sahaja menjaga ku tidak tergamak. Lagipun aku nekad sebab ku sangka tempoh Sufi di IJN hanya seminggu sahaja. Bulan lepas gajiku hanyalah RM500 sebab ku bekerja hanya 8 hari. Mujur tuan rumah bagi postpone sewa bulanan untuknya. Tapi sebenarnya ia akan membebankan aku di kemudian hari kerana hutang untuknya sudah tertunggak RM350. Tapi bayar sikit2 insyaAllah tak membebankan, katanya.

Bil terakhir di IJN adalah kurang dua ringgit angka 30K. Walaubagaimanapun Kementerian Kesihatan telah mensubsidikan 90% kos rawatan di sana. Ini bermakna aku hanya perlu membayar RM3000.00 sahaja. Mudah2an Allah membuka rezekiNya kepadaku dengan Jalan yang tidak disangka2. Sekarang ku tengah mencari idea untuk membuka gerai Char Koteow dan TomYam segera di sebuah kilang di Sungai Petani ataupun di Pasar2 Malam.