Kawan aku tu dah selamat diijabkabul. alhamdulillah. Aku sempat jadi drebar kereta pengantin dari Rantau Panjang ke Kepala Batas.
Perkara yang dirisaukan adalah masa amat terbatas. tambahan cuti sekolah kan. Mesti trafik sibuk di laluan ke dua2 arah Jeli - Grik. Target untuk sampai pukul 1 tghhari di rumah pengantin lelaki macam payah jer nak capai dengan cara bertolak pada pukul 9 pagi dari rumah pengantin perempuan.
Jadi pengajarannya adalah dengan cara bertawakal pada Allah sahaja yang dapat mengatasinya. Tak Perlu Hitung. (Nota: al-fakir adalah catatanku berdasarkan fitrah manusia perlukan agama)
Aku pulang dari rumah pengantin lelaki dengan menumpang kawan dari Kangar. Nazli dan Bob lepak kat umah aku dan malam tu kami keluar makan kat Jam Besar SP. Balik rumah tidur layan cerita pun cam tak best sebab sorang2 sajer kat rumah.
Dan minggu ini pastinya aku sunyi dari bunyi bisikan isteri serta hilai nangis tawa anak-anak.
Pagi ini kurasakan ada sesuatu yang perlu aku lakukan. Memandangkan rakan sekerja sudah punya buku "Another Look of MS Word for UiTM Students" dan roomate tempat kerja sedang dalam usaha untuk buku berkisarkan kisah alim-ulama di sekitar kedah ini. Jadi aku merancang sesuatu dalam hati ini. Mungkin aku boleh menulis buku pasal mengenali freebsd bagi pelajar yang baru menceburi sains komputer. InsyaAllah. aku masih ada satu lagi blog untuk tujuan itu. My QWERTY ei eih bukanlah sudah ditukar nama... .perangkaian
12 years ago
1 comment:
aku x dok asrama....sebab rumah dekat
Post a Comment