Thursday, June 11, 2009

Sufi: dan Shukri

Shukri Hashim (gambar), salah seorang pelakon drama telah meninggal dunia. alfatihah. Dramatis terkenal itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam akibat barah pankreas. Pinjam ayat utusan online; Allahyarham, 55, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.45 petang selepas dimasukkan ke PPUKM sejak Jumaat lalu.



Teringat aku pada seorang lagi pelakon drama yang sempat aku beramah mesra iaitu Allahyarham Ismail Din. Kedua-dua arwah pelakon ini pernah aku bertemu (sekali) dan okay mereka cukup bagus dalam melayan manusia; tidak sombong. Arwah Ismail Din, sebelum meninggal aku bertemu kat surau Shahab Perdana. Arwah Shukri Hashim, sebelum meninggal aku bertemu di R&R Gurun (Selatan).

Masa kat R&R Gurun sedang aku mendukung Sufi keluar dari kenderaan kebetulan arwah shukri yang sedang berjalan dari kenderaan untuk ke gerai R&R melalui aku dan Sufi dan arwah terlebih dahulu menegur aku. Banyak jugaklah yang dibualkan sambil tangan dia mencuit Sufi. Dan arwah perasan parut operation jantung susu di dada dan hal sufi di IJN juga turut dibualkan dengan arwah masa tu. Bagi aku okaylah, arwah merupakan seorang yang peramah. Moga-moga arwah ada meninggalkan sedekah jariah, ilmu yang manfaat serta anak yang soleh solehah supaya rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Walaupun perkejaan yang kedua-dua mereka lakukan banyak terdedah pada fitnah akhir zaman, tapi pengalaman dengan mereka ada good feeling. Kedua-dua pertemuan itu masing-masing berakhir selepas keluar dari surau; Surau Shahab Perdana dan Surau R&R Gurun (Selatan). Wallahualam.

Wednesday, June 10, 2009

Sendiri

Kawan aku tu dah selamat diijabkabul. alhamdulillah. Aku sempat jadi drebar kereta pengantin dari Rantau Panjang ke Kepala Batas.

Perkara yang dirisaukan adalah masa amat terbatas. tambahan cuti sekolah kan. Mesti trafik sibuk di laluan ke dua2 arah Jeli - Grik. Target untuk sampai pukul 1 tghhari di rumah pengantin lelaki macam payah jer nak capai dengan cara bertolak pada pukul 9 pagi dari rumah pengantin perempuan.

Jadi pengajarannya adalah dengan cara bertawakal pada Allah sahaja yang dapat mengatasinya. Tak Perlu Hitung. (Nota: al-fakir adalah catatanku berdasarkan fitrah manusia perlukan agama)

Aku pulang dari rumah pengantin lelaki dengan menumpang kawan dari Kangar. Nazli dan Bob lepak kat umah aku dan malam tu kami keluar makan kat Jam Besar SP. Balik rumah tidur layan cerita pun cam tak best sebab sorang2 sajer kat rumah.

Dan minggu ini pastinya aku sunyi dari bunyi bisikan isteri serta hilai nangis tawa anak-anak.


Pagi ini kurasakan ada sesuatu yang perlu aku lakukan. Memandangkan rakan sekerja sudah punya buku "Another Look of MS Word for UiTM Students" dan roomate tempat kerja sedang dalam usaha untuk buku berkisarkan kisah alim-ulama di sekitar kedah ini. Jadi aku merancang sesuatu dalam hati ini. Mungkin aku boleh menulis buku pasal mengenali freebsd bagi pelajar yang baru menceburi sains komputer. InsyaAllah. aku masih ada satu lagi blog untuk tujuan itu. My QWERTY ei eih bukanlah sudah ditukar nama... .perangkaian

Wednesday, June 3, 2009

Musim Cuti Sekolah


Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, bunga manggar banyak menghiasi di tepian jalan raya. Sah banyak kenduri kendara pada minggu ini. Jemputan bertalu-talu datang ke kotak email aku. ada yang aku kenal ada yang belum dikenali. Sudah menjadi kebiasaan staf di tempat kerja akan jemput semua yang berada di organisasi yang sama, walaupun tak kenal. Pergi ajer, lagipun berkongsi kereta dengan rakan-rakan yang lain.

Sahabat aku, Abu Ubaidah yang sama-sama berjuang di UiTM Arau dulu juga melangkah ke alam rumah tangga pada musim kali ini. buat kawan-kawan yang nak ucapkan tahniah boleh lah komen kan di blog DCSARAU. http://dcsarau.blogspot.com

Tuesday, May 26, 2009

Masih Bernafas Menempuh Pengalaman Baru

Alhamdulillah

Allah masih memanjangkan usia untuk meneruskan nafas di alam duniawi dalam perjalanan ke ukhrawi..

pelbagai pengalaman baru diperolehi dan masih banyak lagi pengalaman yang belum dilalui..

...

Malaysia
apa dah jadi di Perak? kemelut yang berpanjangan..

tapi bagi aku..
subhanallah.. maha suci allah..
ada hikmah di sebalik musibah..