Shukri Hashim (gambar), salah seorang pelakon drama telah meninggal dunia. alfatihah. Dramatis terkenal itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam akibat barah pankreas. Pinjam ayat utusan online; Allahyarham, 55, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.45 petang selepas dimasukkan ke PPUKM sejak Jumaat lalu.
Teringat aku pada seorang lagi pelakon drama yang sempat aku beramah mesra iaitu Allahyarham Ismail Din. Kedua-dua arwah pelakon ini pernah aku bertemu (sekali) dan okay mereka cukup bagus dalam melayan manusia; tidak sombong. Arwah Ismail Din, sebelum meninggal aku bertemu kat surau Shahab Perdana. Arwah Shukri Hashim, sebelum meninggal aku bertemu di R&R Gurun (Selatan).
Masa kat R&R Gurun sedang aku mendukung Sufi keluar dari kenderaan kebetulan arwah shukri yang sedang berjalan dari kenderaan untuk ke gerai R&R melalui aku dan Sufi dan arwah terlebih dahulu menegur aku. Banyak jugaklah yang dibualkan sambil tangan dia mencuit Sufi. Dan arwah perasan parut operation jantung susu di dada dan hal sufi di IJN juga turut dibualkan dengan arwah masa tu. Bagi aku okaylah, arwah merupakan seorang yang peramah. Moga-moga arwah ada meninggalkan sedekah jariah, ilmu yang manfaat serta anak yang soleh solehah supaya rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Walaupun perkejaan yang kedua-dua mereka lakukan banyak terdedah pada fitnah akhir zaman, tapi pengalaman dengan mereka ada good feeling. Kedua-dua pertemuan itu masing-masing berakhir selepas keluar dari surau; Surau Shahab Perdana dan Surau R&R Gurun (Selatan). Wallahualam.
12 years ago