Tuesday, May 26, 2009
Masih Bernafas Menempuh Pengalaman Baru
Allah masih memanjangkan usia untuk meneruskan nafas di alam duniawi dalam perjalanan ke ukhrawi..
pelbagai pengalaman baru diperolehi dan masih banyak lagi pengalaman yang belum dilalui..
...
Malaysia
apa dah jadi di Perak? kemelut yang berpanjangan..
tapi bagi aku..
subhanallah.. maha suci allah..
ada hikmah di sebalik musibah..
Saturday, September 20, 2008
SMS Sue Mengenai Keadaan Moon
Minggu lepas ku dapat SMS dari Sue setelah kutanyakan berita mengenai Moon.
Wslm. Alhmdlh sume sihat. Mun dh kluaq dr hsptl tp kena byk rehat sbb tlg pggul& leher dia ada yg pth,mun p ubat kg jg. Ni kwn su y hbg,kami pun x smpt lwt,kyus p dah.
Kemudian diikuti SMS kedua
Salam.Ni no akaun ayah mun utk sapa2 yg nk hulurkn bantuan. 152170077827 - ariffin hashim.TQ
GULP! aku terpaku. Ingatan kembali ke masa-masa aku sangat memerlukan suntikan kewangan. Di mana adik Sufi kritikal antara hidup dengan mati. Dan di situlah ada insan yang sangat perihatin membantu kami sekeluarga tanpa di minta. Dengan Ilham yang dikurniakan Allah Ta'ala kepada beliau, Laman Blog menjadi perantara hebahan utk tujuan tersebut. Terima Kasih Rudy dan Insyirah sekeluarga. Seterusnya disusuli rakan blog yang lain yang tidak pernah ku kenal, bertalu-talu membantu kami termasuk netbiru yang mencipta banner khas adik sufi. Alhamdulillah dan Terima Kasih. Jasa Kalian Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Kemudian aku ingin mengulanginya di laman blogku sendiri, walaupun aku tahu pengunjungnya tidak sehebat Bluehikari, Sri Diah, Awan Okinawa dan Kaktiny. Sebabnya, aku sendiri telah melalui saat getir ditimpakan musibah Allah Ta'ala. Dan sekarang nasib yang lebih kurang atau lebih teruk lagi telah menimpa Moon.
Pada sesiapa yang ingin membantu Moon dan Keluarga atas nasib malang, bolehlah menggunakan akaun yang di SMS kan padaku seperti di atas. Jangan tanya kepastian padaku, dan jangan tanya apa-apa padaku yang menjurus ke arah kesahihan. Melainkan Keikhlasan sahaja yang diminta. Itu sudah pasti ada ganjarannya dari Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi berlipat kali ganda sehingga 70 Kali Ganda Allah janjikan di Bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.
Ku balas SMS Sue mengenai hasratku membantu melalui blog. dan disudahi SMSnya
k.tq.
Nota:
Akaun Maybank kot.
Confirm! Akaun MAYBANK.
Moon iaitu Saudari Asmahani Ariffin, 28, Bekas Pelajar UUM dan sekarang Pensyarah UPSI yang lebih dikenali sebagai Moon. Beliau merupakan salah seorang pelatih dibawah penyeliaanku (supervisor) utk Praktikum UUM.
Sue juga salah seorang pelatih praktikal di bawah penyeliaanku sewaktu dengan Moon.
Bluehikari dengan entri khas untuk adik Sufi. Klik Sini.
Netbiru dengan banner khas untuk adik Sufi. Klik Sini.
Sunday, August 24, 2008
Takziah Buat Moon
Pagi ni aku dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang bekas pelatih aku (practical training). Suaminya meninggal manakala kabarnya beliau masih lagi di ICU. Moga-moga Allah selamat dan sembuhkan beliau. Kemalangan tersebut ada diberitakan pada Harian Metro Jumaat Lepas. Tapi disebabkan aku selalu tukar nombor telefon menyebabkan kawan-kawannya gagal menghubungi aku. Mujurlah ex-Bos aku bagitau.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080822085940/Article/index_html
(kalau2 link ni dah tak valid baik aku copy paste. Quote from HMetro.com.my 22 Ogos 08)
Ajal lepas selamat anak
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
ALOR STAR: “Dia sempat menarik tangan anak lelaki berusia 12 bulan untuk naik ke tebing ketika kereta mereka tenggelam perlahan-lahan ke dalam air.
“Bagaimanapun, dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas diselamatkan orang awam bersama isteri dan anaknya itu daripada lemas,” kata Azmi Din, 56, menceritakan detik cemas kemalangan yang meragut nyawa jirannya di Batu 5, Jalan Sungai Petani-Alor Star, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Mohd Akashah Abdullah, 28, meninggal dunia manakala isterinya, Asmahani Ariffin, 28, cedera parah apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam Terusan Wan Mat Saman, dekat sini.
Anak lelaki tunggal pasangan itu, Muhammad Omar Mohd Akashah, tidak cedera.
Menurut Azmi, arwah yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur menghubunginya dua minggu lalu memberitahu mereka sekeluarga tidak dapat pulang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Azilawati, 28.
Ini kerana isteri arwah yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, tidak dapat cuti.
“Arwah dan isterinya terkilan tidak dapat hadir majlis perkahwinan Sabtu lalu. Azilawati memang rapat dengan Asmahani sejak zaman sekolah, tambahan pula kami tinggal berjiran di Jalan Pegawai di sini.
“Difahamkan, mereka pulang hari ini (semalam) untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi rakan di sini dan tak sangka pula berlaku tragedi ini terhadap mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Azmi dimaklumkan kejadian itu selepas bapa Asmahani, Ariffin Hashim, 57, menghubunginya kira-kira jam 6 pagi semalam.
Dia bergegas ke HSB tetapi dimaklumkan Mohd Akashah sudah meninggal dunia.
Jenazah Mohd Akashah dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, petang semalam.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Kota Star, Inspektor Azhar Esa, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.15 pagi semalam.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanjung Malim, Perak, untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu dan terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian sebelum kereta yang dipandunya terjunam ke dalam terusan.
“Semua mangsa dikeluarkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu tetapi pemandu kereta itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya masih dirawat di HSB kerana cedera parah,” katanya.
Katanya, kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah Buat Allahyarham Mohd Akashah (suami moon).